Kelas E-Learning: Concentration (English)
18 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 April 2024, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Concentration (English) yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh seorang peserta.
Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk mencari padanan kad kilat yang sama dan betul di laman sesawang Gamestolearnenglish.com sebagai medium pembelajaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih fokus dan daya ingatan para peserta untuk menghafal sesuatu benda dalam masa yang singkat. Peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di NADI Rantau Panjang pada masa yang akan datang.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: